Sedekah Ramadan

Kempen Sedekah Ramadhan 1447H

Sedekah RM 10 di bulan Ramadan mungkin kecil pada kita,
tapi nilainya sangat besar bagi mereka yang memerlukan.

Kadang-kadang kita rasa RM 10 tu celah gigi je. Tapi untuk orang yang tengah susah, nilai tu boleh jadi satu "kelegaan" yang mereka tunggu-tunggu. Jom rebut pahala sempena bulan yang mulia ini.

Jom sama-sama kita rebut pahala

Tak perlu tunggu duit berkepuk baru nak sedekah. Sedekah seringgit pun Allah pandang, janji hati tu ikhlas.

1

Sedekah harian (paling senang nak mula)

Set ikut bajet sendiri — RM 10, RM 20, atau RM 50 sehari pun dah cukup. Buat rutin setiap pagi sebelum start kerja. Lama-lama jadi rutin harian, insya-Allah.

2

Malam Jumaat / 10 malam akhir

Ramai suka "pulun" masa ni sebab takut terlepas pahala besar atau Lailatul Qadar. Kalau anda jenis target masa-masa golden hour macam ni, inilah timing dia.

3

Sedekah atas nama keluarga

Niatkan pahala untuk mak ayah (hidup atau tiada), pasangan, atau anak-anak. Moga jadi asbab keluarga tenang dan rezeki makin berkat.

Macam mana sedekah anda kami urus

Anda letak amanah, kami jaga elok-elok. Fokus kami: bantuan yang praktikal, cepat sampai, dan tepat pada sasaran supaya anda rasa tenang untuk bersedekah.

Langkah 1

Sedekah ikut kemampuan

Sekali transfer boleh. Kalau nak buat konsisten setiap hari sepanjang Ramadhan lagi baik.

Langkah 2

Kami susun ikut keutamaan

Kami utamakan kawasan atau keluarga yang betul-betul memerlukan supaya sedekah anda tu bagi impak yang besar, bukan sekadar melepas batuk di tangga.

Langkah 3

Update berkala (video/visual)

Supaya anda boleh ikut setiap perkembangan sepanjang Ramadhan. Kami tak nak anda tertanya-tanya duit tu pergi mana.

Ayat Al-Quran & Hadith

Ramadan bukan sekadar bulan puasa lapar dahaga. Ini masa untuk "reset" hati — dan sedekah adalah jalan paling laju untuk cuci hati.

Ayat al-Quran

مَثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ

“Perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, setiap tangkai seratus biji…”
(maksud ringkas)

Surah al-Baqarah 2:261
Hadith

الصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ

“Sedekah memadamkan dosa sebagaimana air memadamkan api.”

Riwayat al-Tirmizi
Video & suasana di lapangan

Nak tengok kerja-kerja di lapangan? Dua video ni bagi gambaran. Harap ia buat anda rasa lebih dekat dengan perjalanan sedekah ni.

Borang sedekah

Isi borang di bawah untuk sedekah Ramadan 1447H. Terima kasih sebab sudi jadi asbab kebaikan 🤍

Nota: Sekiranya anda ingin mendapatkan pengecualian cukai pendapatan, sila isikan Nama Penuh / Syarikat, No. Kad Pengenalan / SSM & Alamat Penuh di ruangan yang disediakan.
Moga Allah terima semua amalan & sedekah kita sepanjang Ramadan 1447H.