Tabung Bencana Aceh

BANTUAN MANGSA BANJIR ACEH

Banjir Lumpur Aceh
Mereka Perlukan Kita Sekarang.

Ribuan mangsa di Aceh, Sumatera sedang berdepan banjir lumpur dan kehilangan punca rezeki. Kita mungkin tak dapat berada di sana, tapi sumbangan anda boleh sampai ke tangan mereka yang paling perlukan.

Sumbangan akan fokus kepada keperluan asas keluarga terjejas.

Antaranya makanan dan minuman segera, air bersih, kelengkapan solat seperti telekung, sejadah, kain sarung, serta bantuan kecemasan kepada keluarga yang paling terkesan.

Dana Bantuan Mangsa Banjir Aceh
Setiap sumbangan membantu kami menggerakkan:
  • Makanan dan minuman segera untuk keluarga yang terputus bekalan.
  • Air bersih untuk kegunaan harian dan kesihatan.
  • Kelengkapan solat untuk menjaga ibadah dalam suasana genting.
  • Bantuan kecemasan kepada keluarga yang paling terjejas.
Pilihan Sumbangan

Pilih jumlah yang paling dekat di hati anda. Semua pakej akan digunakan terus untuk bantu keluarga mangsa banjir di Aceh.

RM1,000
Bantuan Ringankan Derita
Fokus keluarga terjejas teruk
RM500
Bantuan Keperluan Asas
Makanan dan air bersih
RM100
Bantuan Kecemasan Harian
Sokong keluarga satu hari
RM50
Bantuan Makanan Segera
Bantu isi perut yang lapar
Nilai Terbuka
Minimum RM10 – ikut kemampuan dan keikhlasan anda
Isikan di ruangan jumlah sumbangan

Tiada sumbangan yang kecil. Setiap ringgit sangat bermakna untuk mereka yang sedang berjuang meneruskan hidup.

Tip: Jika anda mahu menyumbang dalam jumlah lain (contohnya RM30, RM70 atau RM250), pilih Nilai Terbuka dan masukkan jumlah sumbangan (minimum RM10) di ruangan yang disediakan oleh sistem.
Bagaimana Sumbangan Anda Disalurkan

Setiap sumbangan akan diagihkan secara tersusun supaya bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Saluran Utama
  • Semua sumbangan akan disalurkan melalui Pertubuhan Kebajikan Persaudaraan Elit Jaz Malaysia
  • ECJ CARES bekerjasama dengan rakan NGO di Indonesia yang berpengalaman menguruskan bantuan bencana.
Agihan di Lapangan
  • Bantuan diagihkan terus di lokasi banjir di Aceh.
  • Keutamaan diberi kepada keluarga yang kehilangan rumah, punca pendapatan dan keperluan asas harian.