Tajaan Berbuka Puasa
Ramadhan Ini, Jom Jadi Asbab Orang Lain
Tersenyum Masa Berbuka.
Hanya serendah RM 30, anda boleh hadiahkan satu hidangan lengkap untuk mereka yang memerlukan. Jom rebut pahala di bulan yang mulia ini.
300 Lot
Sepanjang Ramadhan 1447H
RM 30 / Lot
Anda boleh mula dengan 1 lot, atau tambah ikut kemampuan.
10 Lokasi Terpilih
Agihan ikut keperluan & kesesuaian di lokasi.
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ
“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk itu dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dengan yang salah).”
مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا
“Sesiapa yang memberi makan kepada orang berpuasa (untuk berbuka), dia dapat pahala seperti orang itu, tanpa mengurangkan pahala orang berpuasa tersebut sedikit pun.”
Tajaan ini fokus pada keperluan berbuka yang praktikal — mudah diagih, sampai pada masa, dan cukup untuk penerima.
- Juadah berbuka (makanan & minuman) untuk mereka yang memerlukan.
- Pengurusan agihan di 10 lokasi terpilih, ikut keperluan setempat.
- Keutamaan kepada komuniti yang betul-betul perlukan bantuan sepanjang Ramadhan.
- Update dalam bentuk video/visual supaya anda boleh nampak perjalanan kempen.
Senang je. Anda taja melalui borang di bawah, lepas tu ECJ CARES uruskan agihan ikut perancangan. Anda nak taja atas nama keluarga atau syarikat pun boleh.
Minimum RM30 satu lot. Nak tambah lot, teruskan ikut kemampuan anda.
Pastikan info lengkap supaya rekod tajaan jelas dan lebih telus.
Agihan dibuat sepanjang Ramadhan di lokasi terpilih.
Kadang-kadang sedekah kecil yang kita beri, nilainya besar bagi orang yang memerlukan.
Isi borang di bawah untuk teruskan tajaan. Terima kasih sebab sudi jadi sebahagian daripada kempen ni 🤍